SELAMAT DATANG 



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini. Diharap blog ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua. Amin. 

Di sini saya akan berkongsi serba sedikit tentang diri saya. Saya terpanggil untuk menjadi seorang guru apabila saya berada di Matrikulasi (KMpH).Pada waktu tersebut, saya sangat meminati fizik dan guru yang mengajar subjek tersebut sangat baik dan berdedikasi. Beliau tidak pernah jemu mengajar saya sehingga saya betul-betul memahami topik yang diajar. Perasaan bahagia sungguh tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila saya betul-betul memahami apa yang telah diajar. Dari situ, saya amat kagum dengan kepandaian, kebolehan, kesabaran guru tersebut dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Bukan itu sahaja, beliau juga banyak berkongsi cerita mengenai alam pendidikan membuatkan saya tertarik untuk menjadi seperti beliau.

Blog ini merupakan salah satu kompenan bagi memenuhi tuntutan subjek ICT in Science. Menerusi subjek ini, secara tidak lansung saya dapat menambah kemahiran ICT iaitu salah satunya membuat laman blog ini. Kemahiran ICT amat penting dalam dunia pendidikan sejajar dengan seruan kerajaan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang dinamik dan menarik. Sebagai seorang bakal pendidik, saya mahu sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu menyeronokkan dan bermakna. 

Akhir kata, saya berharap penerokaan ilmu terutamanya berkait rapat dengan teknologi pendidikan tidak berhenti di sini sahaja. Sekalung penghargaan buat keluarga, sahabat perjuangan dan pensyarah, Dr. Saadiah Binti Baharom dalam menyiapkan laman blog ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0