Sebagai guru sains, matlamat saya bukan sahaja untuk
melahirkan ahli biologi, angkasawan ataupun doktor semata-mata, namun saya
ingin melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis, imaginatif dan
berkemahiran tinggi dalam semua bidang selari dengan dunia sains pada hari ini
yang sangat mencabar dan berteknologi canggih.
Oleh yang demikan, saya berharap dapat merealisasikan
perkara-perkara berikut:
- v Pelajar memahami apa itu sains
- v Pelajar seronok dan teruja untuk belajar sains.
- v Pelajar dapat fakta-fakta baru tentang dunia sains.
- v Pelajar-pelajar dapat melaksanakan tugasan, ‘experiment’ dengan cemerlang
- v Saya akan menghubungkaitkan kehidupan dengan sains.
- v Aplikasi pengetahuan dalam kehidupan
- v Pelajar dapat membuat projek sains yang bersesuaian dengan tahap IQ mereka.
- v Dapat memupuk perasaan suka mencuba sesuatu yang baru kepada pelajar.
Tambahan lagi, pilosofi saya termasuklah kasih saying,
kesabaran, dan keprihatihan Pelajar memerlukan kasih sayang seorang guru
seperti sayang seorang ibu kepada anaknya dan kesabaran guru dalam mendidik
sangatlah penting. Mendidik bukan semata-mata untuk mengajar namun untuk
mendewasakan pelajar itu sendiri menjadi seorang yang matang dan berdedikasi.