Refleksi lecture maker


Setelah belajar cara penggunaan Lecture Maker  dapatlah saya rumuskan bahawa software ini sangat menarik untuk ‘presentation’. Fungsi software ini seakan-akan dengan powerpoint. Namun, software ini lebih canggih, inovatif dan kreatif.
           Lecture Maker tidak sukar untuk dikendalikan kerana mereka yang sudah biasa dengan aplikasi Microsoft Power Point dapat menggunakannya dengan baik memandangkan antara muka perisian itu mesra pengguna. Dengan itu, guru boleh memasukkan teks dan grafik pada bahan pembelajaran mereka dengan mudah dan jayanya.  Tambahan lagi, guru juga boleh aplikasi menyunting untuk mereka grafik sesuai bagi membuat graf, formula, kotak teks, jadual, bentuk, karakter istimewa disediakan berbanding menggunakan imej sebelum ini. Pembelajaran akan lebih bermakna jika guru sendiri yang bertungkus lumus menyediakan bahan P&P yang menarik dan ceria.
           Selain itu, software ini bukan sahaja turut dilengkapi ciri-ciri tambahan komponen multimedia termasuk merakam, menyunting video, menambah audio dan sebagainya malah bahan-bahan multimedia lain seperti fail Macromedia Flash, bahasa penanda hiperteks (HTML), Microsoft PowerPoint, imej dan banyak lagi juga boleh dimasukkan ke dalam lecture maker. Jadi, tidak hairanlah pengajaran yang disampaikan oleh guru melalui lecture maker adalah lebih meanarik dan interaktif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS