Buat pertama kalinya saya
didedahkan dengan smartboard atau papan pintar atau papan putih interaktif
elektronik. Pertama kali melihat papan ini, saya cukup teruja dan ingin
menerokai kemampuan papan putih ini berfungsi dan sebagainya.
Smartboard ialah sebuah peranti
persembahan yang bersemuka dengan sebuah komputer. Imej komputer dipaparkan ke
atas papan oleh projektor yang boleh ditonton dan dimanipulasi. Pengguna boleh
mengawal kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan.
Pada pendapat saya, penggunaan
smartboard amatlah digalakkan di sekolah. Papan ini akan menarik minat pelajar
untuk lebih memahami isi pelajaran yang diajar. Selain mereka bergerak aktif,
mereka tidak akan bosan melihat atau mendengar guru berceloteh di dalam kelas
dengan menggunakan smartboard.
Selain itu, dengan
perisian,`features’ dan aplikasi yang disertakan dengan papan putih interaktif
ini, guru-guru boleh membangunkan bahan-bahan P&P dengan begitu mudah dan
boleh membuat penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Dengan jumlah pengguna
(user base) yang tinggi di seluruh dunia, mereka juga boleh berkongsi bahan
P&P dan memuat turunkannya dari capaian web tertentu. Ini bermakna, guru
boleh menjimatkan masa mereka untuk menyediakan bahan P&P. Oleh itu,
smartboard harus digunakan di semua sekolah di seluruh Malaysia.